Sunday 10 March 2013

NOTA SIVIK T5 TEMA 1



BAB 1: PENCAPAIAN KENDIRI


UNIT 1 : Pendidikan Sepanjang Hayat untuk Pembangunan Negara

Konsep pendidikan sepanjang hayat telah lama wujud tetapi kini diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara.  Pendidikan sepanjang hayat bermaksud suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang. Ia adalah tiada had umur, jantina dan bangsa untuk menuntut ilmu. Rakyat adalah asset utama negara dan kemahiran dan pengetahuan boleh menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Pendidikan sepanjang hayat juga boleh berlaku secara formal atau bukan formal, ada pendemokrasian pendidikan, waktu belajar yang fleksibel, media yang mudah diakses oleh murid dan pedagogi digunakan sesuai dan mesra murid.
Kesimpulanya, pendidikan sepanjang hayat adalah sangat penting untuk kemajuan diri seseorang agar ia tidak ketinggalan berdasarkan zaman yang dilaluinya. Peluang pendidikan adalah untuksemua termasuk kepada para pekerja. Jika pemilik syarikat mahukan keuntungan yang lebih maka semua pekerja mestilah ditingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang pekerjaan mereka. Kerajaan juga melalui Dasar Wawasan Negara dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3 bagi tempoh 2001 hingga 2010) telah merangka rancangan pembangunan negara dengan teliti dan sistematik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan bertaraf dunia.

Ciri-ciri pendidikan sepanjang hayat:

·         Cinta akan ilmu pengetahuan
·         Bertindak rasional dalam pelbagai situasi
·         Menghargai ilmu pengetahuan
·         Terus belajar hingga ke akhir hayat

Kepentingan pendidikan sepanjang hayat:

·         Untuk membangunkan potensi diri
·         Mewujudkan kumpulan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat
·         Mewujudkan masyarakat yang dinamik dan berfikiran terbuka
·         Menambah bilangan tenaga manusia yang berpengatahuan dan berkemahiran
·         Meningkatkan ekonomi Negara

Memupuk pendidikan sepanjang hayat

Langkah-langkah ke arah pendidikan sepanjang hayat

·         Menguasai kemahiran pengurusan masa
·         Menguasai kemahiran berfikir
·         Menguasai kemahiran membaca
·         Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
·         Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri

1.Pengurusan masa:

·         Mengurus, membahagi dan mengatur masa seharian supaya dapat dimanafaatkan sebaik-baiknya.
·         Ubah tabiat lama yang negative seperti suka menangguhkan kerja, membuat kerja pada saat-saat akhir
·         Galakkan komunikasi interpersonal dan kurangkan komunikasi intrapersonal
·         Ubah suasana tempat kerja supaya dapat memberi tumpuan
·         Sediakan rancangan pelan bertindak serta jadual waktu/jadual kerja harian

2.Kemahiran berfikir:

·         Proses membangunkan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah
·         Kreatif :- mencerna dan menghasilkan idea baharu atau asli
ü  Menjana idea
ü  Menghubungkaitkan
ü  Meramal
ü  Mereka cipta
ü   
·         Kritis :- sama ada sesuatu idea munasabah atau tidak
ü  Mencirikan
ü  Membandingkan
ü  Mengumpul dan mengelaskan
ü  Menilai
ü  Membuat keputusan

3.Kemahiran membaca:

·         Bacaan luncuran (skimming)
·         Bacaan imbasan (scanning)
·         Bacaan intensif
·         Bacaan laju

4.Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

5.Pembelajaraan kendiri.

Bagi memenuhi kelangsungan tamadun manusia, peningkatan kualiti kemahiran rakyat sesebuah negara sangat dititikberatkan. Jatuh bangun atau mundur maju sesebuah negara sangat berkait rapat dengan kualiti dan kuantiti rakyat negara tersebut.




UNIT 2 : Perikemanusiaan ke Arah Kesejahteraan Negara

Sebagai insan yang normal, semua manusia mempunyai nilai kemanusiaan di dalam hati masing-masing. Ia berlainan dengan sifat haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, setiap rakyat mesti melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan masyarakat penyayang. Kesejahteraan sesebuah negara akan memberi kesejahteraan kepada semua rakyatnya.

1.Antara sifat penting berperikemanusiaan ialah:

·         mempunyai sifat empati
·         bertimbang rasa
·         tolong-menolong
·         mengasihani
·         menjaga maruah
·         menghargai nyawa dan
·         cinta akan kemamanan

Sifat terpuji ini ialah memberi sumbangan kepada mangsa banjir, sumbangan kepada orang miskin, sumbangan kepada mangsa kebakaran dan sumbangan kepada keluarga yang sedang mengalami kesedihan seperti kematian insan tersayang atau mengalami kemalangan.

2.Sifat perikemanusiaan akan mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.

3.Masyarakat penyayang akan menjadikan kehidupan lebih harmoni dan negara lebih aman
  dan sejahtera.

4.Rasa empati, menghargai nyawa, menjaga maruah dan cinta akan keamanan adalah
   antara nilai perikemanusiaan yang perlu dihayati dan dihargai oleh setiap individu.

5.Antara isu kemanusiaan yang perlu diatasi ialah:

·         kemiskinan
·         peperangan
·         pembunuhan dan pembuangan bayi
·         pencemaran alam sekitar

6.Isu kemanusiaan ini perlu ditangani secara bijak untuk kesejahteraan umat sejagat.

No comments:

Post a Comment